Aku membutakan mata
Melupakan kata
Tidak ku ambil kisah
Dunia penuh resah
Sekarang sedikit demi sedikit aku sedar
Bahawa aku tiada seberapa besar
Cuma hamba yang penuh dosa
Ditenggelami ketentuan masa
Berikanlah aku kekuatan diri
Kerana aku sukar untuk berdiri
Berikanlah aku ketabahan hati
Kerana aku telah dipinggiri
Nyanyikanlah lagu mu
Dengan suara merdu kamu
Berikanlah jiwa ku
Kembali kepada aku
Kerana aku sukar untuk berdiri di sini
Dikenali oleh cahaya mentari
Kerana aku sudah tidak tahan
Menderita dalam kesunyian diriku yang aman
Oh tuhan semesta alam
Adakah ini balasan salam
Kepadamu
Oh tuhan segala yang ada
Adakah di sini ku akan berada
Selama dosa ini di hatiku
Adakah dunia ini penjara ku?
Kenapa? Kenapa mesti aku yang menderita?
Mengapa aku tiada mempunyai pelita?
Aku sesat Ya tuhanku
Aku sesat Ya penciptaku.
Notes : This "puisi" was written then adapted into a song for use of a performance done by my class in college for a "puisi night gathering thing"
Here's a link > http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Peringatanbulanmekaribadat/Article
As of now, no video/audio recordings are available of the song, I apologize.