Beri nasi tak mahu makan,
Selang sehari dikatakan lapar;
Jangan bagi orang perasan,
Cahaya matahari jika kasar.
Selasih saya tidak menipu,
Itulah kata pegangan hati;
Berasa loya di muka pintu,
Tupai berjenaka jiwaku mati.
Kaki penat tak mahu berjalan,
Ada harapan semua menjadi;
Nujum mengubat dengan pesanan,
Agar kegelapan diberi mandi.
Burung terbang jauh disana,
Tidak sedar sudah malam;
Kembalikan sayang aku kerana,
Perasaan sabar hampir tenggelam.
Ranting emas hendak dibeli,
Tahi berlian tiada yang mahu;
Jika lemas dalam yang sepi,
Jangan terkilan tiada perahu.
Ikan lama ikan baru,
Mata kail diberi ayah;
Para ulama sudah tahu,
Ibu hamil sangatlah susah.
Surat khabar dibasahi hujan,
Surat layang angkara orang;
Jika lapar kerana tak makan,
Jika sayang jangan berparang.
Bulu ayam dijaga atuk,
Sesuai hari jadilah rezeki;
Anak geram hendaklah diketuk,
Agar nanti jadilah lelaki.
Harimau baham yang bahaya,
Walaupun tidak tahu dia wujud;
Muka masam menjadi kaya,
Diri segak kerana bersujud.
Note : Yes, it's a pantun, yes it's done as one of my course-works for college.
This is a smile > :)